Falsafah Sekolah dan Piagam Pelanggan

FALSAFAH SEKOLAH

“Bekepercayaan Bahawa Kebolehan dan Kepandaian Manusia Bukannya Ditetapkan dan Bukan Berpunca Dari Sifat Semulajadinya, Tetapi Bakat, Minat dan Kecenderungan Setiap Manusia Boleh Diasuh, Dididik dan Dilatih untuk Mencapai Kecemerlangan Mengikut Tahap Kemampuan Masing-masing”



PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK Seri Kampar, dengan penuh tekad dan iltizam dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Wawaan 2020, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

Menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yan terbaik berasaskan Budaya Ilmu bagi memenuhi keperluan hidup murid-murid, masyarakat dan negara.
Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Memberi peluang dan layanan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan keturunan.
Menggunakan Bahan Bantu P&P yang berkesan, canggih dan selaras dengan era globalisasi.
Pengurusan yang cekap, pantas dan bijaksana.
Menyediakan prasarana pendidikan yang selesa selaras dengan keperluan semasa.
Berusaha meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan.
Memupuk budaya prihatin dan penyayang.

Peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan dan memberi perhatian serius terhadap setiap aduan pelanggan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes